
Jumaat, 13 September 2013
Rabu, 4 September 2013
NOR DINER adalah jenama produk kami barasas makanan segera seperti Cak Kuey, Donat dan Roti Canai.
Kami
adalah sebuah syarikat bumiputera yang berpengalaman dalam mengeluarkan produk
tersebut lebih 20 tahun, Pengedaran produk keluaran kami kini telah
dipasaran hampir keseluruh semenanjung Malaysia.Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk-produk tersebut sila hubungi kami di alamat No.39 Jln Hj. Ahmad Raji, Pt. Hj. Sidek, Jln Kluang 83000 Batu Pahat, Johor.
Tel : 07 4321777, H/P : 019 7700602
Roti Prata Tampal Batu pahat
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti prata/canai jenama NOR DINER yang siap dimasak
2 biji telur
1 camca besar mayonnaise
1 batang sosej ayamas, hiris nipis
3 pokok kuchai, hiris halus
1 biji bawang besar saiz sederhana, dadu kecil
1/2 camca teh serbuk lada hitam "aji-shio"
Sedikit minyak
Sos tomato/kuah kari/atau dalca sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
2 keping roti prata/canai jenama NOR DINER yang siap dimasak
2 biji telur
1 camca besar mayonnaise
1 batang sosej ayamas, hiris nipis
3 pokok kuchai, hiris halus
1 biji bawang besar saiz sederhana, dadu kecil
1/2 camca teh serbuk lada hitam "aji-shio"
Sedikit minyak
Sos tomato/kuah kari/atau dalca sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Pukul telur bersama serbuk lada hitam, mayonnaise hingga sebati. Tambah bawang, sosej dan daun kuchai, kacau rata.
- Panaskan non-stick pan bersaiz 8 inci, tuang sedikit minyak. Bila panas tuang 1/2 bahagian no. 1, ratakan dan masak dengan api kecil hingga permukaan telur nampak sedikit mengeras.
- Letak sekeping roti prata/canai tadi, tekan2 sedikit dan masak sekejap. Terbalikkan dan masak dengan api kecil, hingga garing dan telur masak. Keluarkan dari kuali dan buat kaedah sama untuk satu lagi.
- Potong ikut suka dan hidangkan bersama kuah pencicah dan air kopi.
------ Selamat Mencuba --------
Selasa, 3 September 2013
Perusahaan Makanan Frozen NOR DINAR
merupakan sebuah syarikat bumiputera yang telah bepengalaman lebih 20
tahun dalam mengeluarkan produk berupa makanan segera seperti Roti Perata Segera, Cak Kuey, dan Kueh Donat.
Pihak kami sentiasa memantau piawaian standard produk keluaran kami dengan menjaga kualiti Kebersihan dan mutu produk. "Kami sentiasa berpegang kepada prinsip produk terbaik harga yang berpatutan"
- Roti Canai Segera 1 Peket 10 keping berharga RM 3.50
- Cak Kuey Segera 1 Peket 10 Batang berharga RM 3.00
- Donat Segera 1 Peket 20 Biji berharga RM 3.00
ROTI TAMPAL TELUR + DAGING
Bahan-bahan
Prata segera jenama NOR DINER (2 keping)
telur 4 biji
daun sup
daging cincang
pasti sedap knorr
-masak prata tapi jangan garing
-telur digaul bersama daun sup, daging cincang, knorr pasti sedap (boleh tambah bahan-bahan lain ikut suka)
-masak campuran telur dalam non stick pan...tuang sedikit minyak
-agak-agak telur dah hampir masak, letak prata diatas dan goreng sehingga garing...
lebih enak digunakan bersama minyak sapi ghee
~siap untuk dihidangkan~
Isnin, 2 September 2013
Resepi Puff Roti Canai Segera
Bahan-bahanya
- 1 paket roti canai segera ( sebarang brand boleh digunakan )
- 1 biji kuning telur untuk sapuan
- 300 gm daging
- 4 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 2 ulas bawang putih*
- sehiris halia*
- 1 peket rempah kari daging – cairkan dgn sedikit air
- 2 sudu makan cili kisar
- 4 biji kentang – potong kiub
- 1 biji bawang besar – cincang/potong kiub
- daun kari/ sup
- garam n gula secukup rasa.
1. Tumbuk bahan yang bertanda *.
2. Goreng daun kari ( jika guna daun kari) dan masukkan bahan yang ditumbuk .Masakkan hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan rempah kari . Masak api kecil hingga agak garing.
4. Masukkan daging cincang dan kentang, gaul rata. Masukkan air separas kentang dan daging.Masak hingga pekat atau hampir kering.
5. Bila pekat masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan bawang cincang dan masak hingga pekat.
6.Masukkan daun sup (jika guna daun sup). Gaul rata dan angkat.Sejukkan.
Cara melipat puff
2. Ambil sekeping roti paratha segera dan bahagi 2 atau 4 bahagian ( ikut saiz yg dikehendaki), letakkan satu sudu besar inti di tengah-tengah roti paratha dan lipat kemas, se-akan bentuk segi tiga, susun puff di atas dulang pembakar, pastikan bahagian yang di lipat diletakkan di bahagian bawah dan gunting sedikit permukaan tuna puff, gliss kan tuna puff dengan sedikit telur. Ulang langkah tadi sehingga roti paratha dan inti habis digunakan.
3. Akhir sekali bakar puff di dalam oven pada suhu 180 darjah, selama 25 hingga 30 minit ataupun sehinga puff perang. Sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.
NOR DINER HALAL FROZEN FOOD

Perusahaan Makanan Frozen NOR DINAR merupakan sebuah syarikat bumiputera yang telah bepengalaman lebih 20 tahun dalam mengeluarkan produk berupa makanan segera seperti Roti Perata Segera, Cak Kuey, dan Kueh Donat.
Pihak kami sentiasa memantau piawaian standard produk keluaran kami dengan menjaga kualiti Kebersihan dan mutu produk. "Kami sentiasa berpegang kepada prinsip produk terbaik harga yang berpatutan"
- Roti Canai Segera 1 Peket 10 keping berharga RM 3.50
- Cak Kuey Segera 1 Peket 10 Batang berharga RM 3.00
- Donat Segera 1 Peket 20 Biji berharga RM 3.00
PRATA CHEESE
Prata Segera NOR DINER Ditambahi Cheese
Cheese yang diparut di letakkan di bahagian atas Roti Segera sewaktu roti sedang dipanaskan diatas kauali
Ahad, 1 September 2013
Roti Tampal
Cara Penyediaannya
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu rempah kari dan 1/2 sudu kecil ketumbar serbuk
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak sapi ghee
2 sudu kecil garam
Dihidangkan bersama Sos Tomato
"Selamat Mencuba"
Cara Penyediaannya
- Roti tampal daging dilakukan setelah kedua2 belah roti tersebut separuh masak seterusnya dengan menyapu terlebih dahulu bahagian tersebut dengan 2 butir telor yang telah dipukul rata.
- Setelah itu taburkan ramuan daging cincang, bawang dipotong dadu, lada hijau yang telah dipotong halus.
- Apabila hampir masak sapukan sekali lagi dengan telor kemudian lipatkan bahagian tersebut
- Setelah masak roti tampal tersebut bolehlah dipotong 2 atau dipotong dipotong 4 bahagian secara serong serta sedia untuk dihidangkan
Dihidangkan bersama Sos Tomato
"Selamat Mencuba"
Sabtu, 31 Ogos 2013
Langgan:
Ulasan (Atom)