Isnin, 2 September 2013


Resepi Puff Roti Canai Segera
Bahan-bahanya
  • 1 paket roti canai segera ( sebarang brand boleh digunakan )
  • 1 biji kuning telur untuk sapuan
Untuk Inti
  • 300 gm daging
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang putih*
  • sehiris halia*
  • 1 peket rempah kari daging – cairkan  dgn sedikit air
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 4 biji kentang – potong kiub
  • 1 biji bawang besar – cincang/potong kiub
  • daun kari/ sup
  • garam n gula secukup rasa.
Cara penyediaan
1. Tumbuk bahan yang bertanda *.
2. Goreng daun kari ( jika guna daun kari) dan masukkan bahan yang ditumbuk .Masakkan hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan rempah kari . Masak api kecil hingga agak garing.
4. Masukkan daging cincang dan kentang, gaul rata. Masukkan air separas kentang dan daging.Masak hingga pekat  atau hampir kering.
5. Bila pekat masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan bawang cincang dan masak hingga pekat.
6.Masukkan daun sup (jika guna daun sup). Gaul rata dan angkat.Sejukkan.
Cara melipat puff
2. Ambil sekeping roti paratha segera dan bahagi 2 atau 4 bahagian ( ikut saiz yg dikehendaki), letakkan satu sudu besar inti di tengah-tengah roti paratha dan lipat kemas, se-akan bentuk segi tiga, susun puff di atas dulang pembakar, pastikan bahagian yang di lipat diletakkan di bahagian bawah dan gunting sedikit permukaan tuna puff, gliss kan tuna puff dengan sedikit telur. Ulang langkah tadi sehingga roti paratha dan inti  habis digunakan.
3. Akhir sekali bakar puff di dalam oven pada suhu 180 darjah, selama 25 hingga 30 minit ataupun sehinga puff perang. Sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan